Followers

Monday, June 8, 2015

HARI TERBUKA RAUDHAH ISLAMIC SCHOOL 2015
















Pada 30 MEI 2015 telah diadakan Hari Terbuka Raudhah Islamic School bagi Ujian Pertengahan Tahun. Sesi konsultasi telah diadakan bersama para penjaga untuk melihat prestasi anak masing-masing.
Borang maklumbalas ibu bapa juga turut disediakan bagi menambahbaikan mutu pihak pengurusan sekolah dan guru-guru.
Antara objektif hari terbuka diadakan adalah untuk membincangkan kemajuan anak mereka dengan lebih terperinci,disamping mengeratkan hubungan silaturahim antara ibu bapa dan guru-guru.Kerjasama diantara guru dan ibu bapa amatlah penting bagi memastikan tahap kecemerlangan pelajar berada pada tahap yang diharapkan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang hadir dan pihak sekolah yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan program hari terbuka Raudhah Islamic School 2015