Followers

Thursday, December 31, 2015

HARI TAARUF RAUDHAH ISLAMIC SCHOOL






Salam tuan/puan..
Makluman hari taaruf raudhah islamic school.. butiran program adalah seperti berikut:
Masa : 8.00pg-12tghri
Hari: sabtu
Tarikh: 2 Jan 2016
Tempat : Hall
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.
Untuk maklumat lanjut hubungi
0162192600 ustazah yana
0162162600 Ustaz firdaus

Thursday, December 24, 2015

Pendaftaran Pelajar 2016




Alhamdulilah ibu bapa tidak putus2 datang membuat pendaftaran Sri Ar Raudhah 
Kepada yg belum lgi membuat pendaftaran boleh lah hadir terus ke sekolah kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai raudhah..

Proses pencarian material uniform Sri Ar Raudhah semoga di permudahkan



Sunday, December 20, 2015

Maulidul Rasul 2015 KEPERIBADIAN TERPUJI PERJUANGAN DIHAYATI






















Maulidur Rasul ni akan disambut setiap 12 Rabiulawal setiap tahun mengikut takwim Islam. Dan pada tahun ni, 12 Rabiulawal 1436H jatuh pada 12 Disember 2016.


Maulidur Rasul ni sebenarnya tidak disambut waktu zaman-zaman Islam dahulu tatapi kita yang sambut sebagai satu usaha untuk mendidik diri agar mengingati Nabi Muhammad. Kelahiran Nabi Muhammad merupakan satu rahmat kepada seluruh alam. Ini dah pun dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam salah satu surah Al-Quran:-

"Dan tidaklah kami utuskan Engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat ke seluruh alam".
Surah Al Anbiya' (Ayat 107)


Maulidur Rasul
Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qardhawi dalam laman khas beliau mengatakan:

“Ada beberapa kalangan orang Islam yang menganggap apa sahaja keraian dan peringatan yang berkaitan dengan apa-apa program hari kebesaran Islam seperti hijrah Nabi, maulid, isra’ mi’raj dan lain-lain sebagai bid’ah.”

Ini tidaklah benar secara mutlak. Apa yang kita tolak ialah sambutan keraian yang disertakan dengan acara-acara yang batil, haram dan maksiat. Sekiranya ia tidak mengandungi acara-acara ‘lagha’ (tidak berfaedah atau sia-sia) tetapi sebaliknya mengandungi acara yang berfaedah maka tentulah ia sesuatu yang harus. Sebenarnya agama Islam bukan hanya mengandungi acara keraian tapi jauh lagi, mencakupi berbagai kegiatan dan lapangan hidup.

Sejak tahun 969 Masihi, hari keputeraan Muhammad s.a.w. diperingati secara meriah oleh kerajaan Fatimiyah di Mesir. Ia dilakukan dengan pembacaan khutbah yang memperingati kemuliaan Rasulullah s.a.w. Pada akhir acara atau majlis, mereka mengadakan majlis  makan serta membahagikannya kepada fakir miskin.

Demikian juga perayaan Maulid di Negara-negara Islam lain tidak kurang hebatnya. Di Syiria, Mesir, Turki, Afrika Utara, China, Iran, Maghribi dan lain-lain, kita akan dapati bahawa perayaan maulid ini disambut dengan meriah dan diisi dengan khutbah dan pembacaan syair-syair tentang kemuliaan Rasulullah s.a.w. Sebahagian pula ada yang membaca syair mistik. Dan ada sesetengahnya pula berpakaian  cantik untuk mendengar bacaan al-Quran dan ceramah daripada para ulama mengenai kisah Nabi Muhammad s.a.w. Di Iran contohnya, perayaan Maulid disambut secara besar-besaran di mana masyarakatnya menghiasi seluruh kota mereka dengan lampu yang berwarna-warni serta mengagihkan makanan kepada orang ramai.

Sebenarnya perayaan Maulid Nabi s.a.w. adalah perkara yang amat penting untuk dianjurkan sebagai wadah (platform) untuk melahirkan kecintaan kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Mengapa kita wajib mencintai Rasulullah s.a.w ? Ini kerana Baginda sememangnya wajar untuk dicinta. Ini ditegaskan oleh Allah s.w.t menerusi firman-Nya yang bermaksud:
   
“Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah iaitu nabi-nabi, para shiddiqin, syuhada dan orang-orang yang salih. Dan mereka itu teman yang sebaik-baiknya.” (An-Nisa’: 69)

Baginda s.a.w. sememangnya manusia seperti kita juga dari sudut struktur, fungsi fizikal dan nalurinya. Tetapi sifat kemanusiaan Rasulullah s.a.w. ini mencapai kesempurnaan, apatah lagi Baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t. Justeru, Allah s.w.t. berpesan menerusi firman-Nya yang bermaksud:

“Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama  kamu…” (An-Nur: 63)

Allah s.w.t sendiri memanggil manusia mulia ini dengan gelaran terhormat seperti “Wahai nabi” atau ” Wahai Rasul”. Oleh itu, mencintai Rasulullah s.a.w. menjadi suatu keharusan dalam iman. Ia menjadi prinsip, bukan pilihan suka atau tidak suka. Seseorang Muslim harus menyimpan rasa cinta kepada Nabinya, seberapa kecil sekalipun. Idealnya, ia mencintainya lebih daripada segala sesuatu yang ia miliki, bahkan dirinya sekalipun. Dan itulah pada hakikatnya iman yang paling sempurna. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

“Tidak beriman seseorang sehingga aku (Nabi) lebih ia cintai daripada dirinya sendiri.”

Oleh itu, bersempena sambutan Maulidur Rasul  1436H ini, marilah kita tingkatkan kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w. dengan memperbanyakkan selawat dan puji-pujian terhadap Baginda s.a.w. sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam, yang menyinari dunia dengan sinar hidayah dan membawa manusia ke jalan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Semoga segala selawat dan kecintaan kita terhadap Baginda s.a.w. mendapat ganjaran yang setimpal kelak.

[PENDAFTARAN 2016 KINI DIBUKA]

Alhamdulillah, pendaftaran Raudhah Islamic School Sri Ar Raudhah telah mencecah 91 orang setakat ini..
Kepada ibu bapa yang sedang mencari sekolah rendah islam untuk anak-anak, ini ada satu pilihan sekolah rendah islam (Integrasi) di Bangi.
Sekolah ini menggabungkan pelajaran kementerian & kafa dibawah satu bumbung.
Kelas bermula jam 7.45am - 4.45pm
Perkhidmatan van pergi dan balik sekolah turut disediakan. Pendek kata, ibu bapa tak perlu runsing tentang urusan sekolah anak-anak.
Tolong share mudah-mudahan bermanfaat untuk komuniti.
Sri Ar Raudhah terletak di Taman Putra Kajang. (Sebelah Sek 7, Bangi)
✅ Yuran Berpatutan RM 350/month
✅ Yuran termasuk breakfast & lunch
✅ Kelas Berhawa Dingin
✅ Kantin yang selesa
✅ Van disediakan dengan caj berpatutan
✅ Tahfiz bermodul
 016-219 2600 (ust yana)
 019-6910100 (cikgu fauzi)

Thursday, October 29, 2015

KEM SMART SOLAT 2015












Alhamdulilah Kem smart solat sri raudhah telah berlangsung dengan lancar selama dua hari iaitu pada 18 dan 19 oktober Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pededahan kepada pesera mengenai kepentingan solat. Program yang berlangsung sepanjang dua hari ini telah dibahagikan kepada beberapa slot. Di samping mendapat ilmu yang bermanfaat, program ini juga dapat membentuk nilai-nilai murni dalam diri setiap peserta seperti hormat-menghormati, setia kawan dan bekerjasama didalam kumpulan..





Objektif program

Peserta dapat mengetahui cara-cara berwuduk.

Berwuduk dengan sempurna.

Dapat mengetahui cara-cara menunaikan solat dari segi bacaan dan perbuatan.

Dapat membaca dengan betul dan lancar bacaan dalam solat.

Pelajar dapat menunaikan solat secara individu dan berjemaah.


PENGAMBILAN PELAJAR SRI RAUDHAH 2016 KINI DIBUKA !!!! 50 Terawal percuma uniform dan t shirt Maklumat lanjut mengenai yuran dan sekolah

hubungi ustazah yana 016-2192600/Ustaz Diya 16-2162600







































Monday, October 26, 2015

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SRI RAUDHAH 2015



Peperiksaan akhir tahun sri raudhah akan diadakan pada 26/10/15 sehingga 30/10/15 
Kertas soalan peperiksaan akhir tahun telah  dibekalkan oleh pihak JAIS